RPH 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1

Nama Guru : Muhammad Anif Bin Md Ngalimon

Mata Pelajaran : Ibadat

Kelas : 2 Abu Bakar

Tarikh : 1/ 1/ 2019

Masa : 3.30-4.00 pm

Bilangan : 25 Orang

Tajuk : Air

Kemahiran : Membaca, Mendengar & Melihat

Kaedah : Dialog

Pengetahuan sedia : Murid boleh di ukur dengan kaedah kegunaan air dengan sempurna

Hasil pelajaran : 1. Menyebut pengertian air.
2. Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan
3. Menulis bahawa air adalah nikmat yang paling berharga

Kemahiran berfikir : Soal jawab, merumus & banding beza

Penerapan nilai : Displin, tolong menolong & menjaga kebersihan

Bahan bantu mengajar : Papan paparan, kad imbasan huruf & kad gambar

Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Cacatan nilai
Pendahuluan
(3 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa
1. Guru meminta murid membaca doa pelajaran
2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
Tolong menolong, displin & menjaga kebersihan
Set induksi
(5 minit)
1. Apa yang anda lihat dalam gambar dihadapan?
Andaian jawapan : air laut dan air gunung
2. Tahukah murid-murid bahawa air merupakan keperluan wajib kepada manusia?
Andaian jawapan : Tahu
3. Apakah kegunaan air bersih kepada manusia?
Andaian jawapan : Untuk meneruskan kehidupan
4. Guru mengkaitkan gambar dengan tajuk yang hendak dipelajari
1. Guru menampal gambar pada kad manila dan papan putih
2. Guru mengutaran beberapa soalan yang berkaitan
3. Pelajar mencuba menjawab mengikut pengetahuan sedia ada
4. Guru mengkaitkan gambar dengan tajuk yang hendak dipelajari
Kemahiran berfikir
Membuat perkaitan sumbang sara.
Strategi
Berpusatkan murid
Berpusatkan bahan

Pendekatan
Berani menjawab

Langkah 1
(10 minit)
Pengertian air
Air adalah cecair yang berbentuk daripada dua bahagian hydrogen dan satu bahagian oksigen atau ringkasnya h2o

1. Guru mendengar pengertian air
2. Guru menyuruh murid berbincang secara berdua-dua
3. Guru menyoal apa yang disampaikan oleh berdasarkan tajuk pelajaran
Strategi 1
Berpusatkan guru & murid
Pendekatan 2
induktif
Teknik 3
Soal jawab
Aktiviti 4
Berbincang secara berkumpulan
Kemahiran:
1. Dapat memahami dengan baik apa yang guru sampaikan

Alat bantu mengajar
Kitab, kad manila, komputer riba, LCD



Langkah 2
(5 minit)
Kepentingan menjaga kebersihan. Kita wajib menjaga kebersihan pada tubuh badan, pakaian, tempat tinggal dan persekitaran pada setiap masa dan keadaan. Antaranya adalah :
1. Merupakan satu tuntutan agama
2. Membawa ketengangan dan rasa selesa
3. Memelihara kesihatan tubuh badan
4. Disukai oleh kawan-kawan

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut meja
2. Murid dikehendaki berbincang bersama rakan sekumpulan mengenai kepentingan menjaga kebersihan.
3. Murid memberikan jawapan apa yang dibincang bersama ahli kumpulan
Kemahiran
Mendengar

KBKK
Perbincangan

Strategi
Berpusatkan guru & berpusatkan murid

Langkah 3
( 5 minit)
Air adalah nikmat yang paling berharga :

1. Air merupakan satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt yang sangat berharga
2. Setiap kehidupan dibumi ini memerlukan air untuk terus hidup
3. Manusia menggunakan air untuk berwuduk, makan, minum, mandi dan sebagainya
4. Air juga merupakan sumber atau untuk bersuci
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut meja
2. Murid dikehendaki berbincang bersama rakan sekumpulan mengenai air adalah nikmat yang paling berharga.
3. Murid memberikan jawapan apa yang dibincang bersama ahli kumpulan
Kaedah :

- Aplikasi kaedah perbincangan

KBKK :

- Berbincangan bersama ahli kumpulan mengikut tugasan yang diberikan

Alat bantu mengajar

- Kertas soalan yang diberikan oleh guru
Penutupan
(3 minit)
- Menerangkan semula pengertian air
- Menjelaskan diantara kepentingan menjaga kebersihan
- Menerangkan air adalah nikmat yang paling berharga
- Beberapa orang murid diminta untuk mengulang semula isi pelajaran pada hari ini

KBKK :

Merumus pembelajaran

Nilai :

- Kesedaran kendiri
- Menghargai
- Menghayati

Cacatan refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menyeronokkan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi. Walaupun terdapat sedikit kepincangan dimana slide ada yang terlalu gelap sedikit menenggelamkan tulisan yang dipaparkan. Tetapi saya sangat berpuas hati. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Ulasan pensyarah guru pembimbing :

Disediakan oleh :


….……………………..
(                  )

Ulasan

Catatan Popular