RPH 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama Guru : Muhammad Anif Bin Md Ngalimon

Mata Pelajaran : Ibadat

Kelas : 2 Abu Bakar

Tarikh :10/1/2019

Masa :3.30-4.00 pm

Bilangan : 25 Orang

Tajuk : Qada hajat

Kemahiran : Membaca, Mendengar & Melihat

Kaedah : Berdialog

Pengetahuan sedia : Murid boleh di ukur dengan apa itu qada hajat dengan memahami secara lebih mudah

Hasil pelajaran :

1. Menyebut pengertian qada hajat
2. Menyebut perkara yang sunat ketika qada hajat
3. Menyebut perkara yang makhruh ketika qada hajat
              
Kemahiran berfikir : Soal jawab, merumus & banding beza

Penerapan nilai : Displin, tolong menolong & bertanggungjawab

Bahan bantu mengajar : Papan paparan, kad imbasan huruf & kad gambar

Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Cacatan nilai
Pendahuluan
(3 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa
1. Guru meminta murid membaca doa pelajaran
2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
Tolong menolong, displin & menjaga kebersihan
Set induksi
(5 minit)
1. Apa yang anda lihat dalam gambar tersebut, lelaki tersebut ingin ke mana

Andaian jawapan : Pergi ke tandas

2. Tahukah murid-murid bahawa qada hajat mempunyai adab yang tersendiri ?

Andaian jawapan : Tahu

3. Adakah qada hajat perlu diaplikasikan dalam kehidupan manusia?

Andaian jawapan : Untuk mengetahui adab-adab serta doa

4. Guru mengkaitkan gambar dengan tajuk yang hendak dipelajari

1. Guru menampal gambar pada kad manila dan papan putih

2. Guru mengutaran beberapa soalan yang berkaitan mengenai qada hajat

3. Pelajar mencuba menjawab mengikut pengetahuan sedia ada

4. Guru mengkaitkan gambar dengan tajuk yang hendak dipelajari
Kemahiran berfikir

Membuat perkaitan sumbang sara.

Strategi

Berpusatkan murid
Berpusatkan bahan

Pendekatan

Berani menjawab

Langkah 1
(10 minit)
Pengertian qada hajat :

1. Qada hajat pada bahasa menunaikan hajat

2. Qada hajat pada istilah buang air besar atau buang air kecil
1. Guru mendengar murid membaca pengertian qada hajat

2. Guru menyuruh murid berbincang dengan rakan sebelah

3. Guru menyoal apa yang disampaikan oleh berdasarkan tajuk pelajaran
Strategi 1
Berpusatkan guru & murid
Pendekatan 2
induktif
Teknik 3
Soal jawab
Aktiviti 4
Berbincang secara berkumpulan
Kemahiran:
Dapat memahami dengan baik apa yang guru sampaikan

Alat bantu mengajar
Kitab, kad manila, komputer riba, LCD



Langkah 2
(5 minit)
Adab-adab qada hajat :

Perkara sunat.
1. Menutup kepala
2. Memakai selipar
3. Membaca doa sebelum & selepas

Perkara makhruh.
1. Bercakap
2. Duduk lama
3. Berdiri melainkan ada keuzuran

Perkara haram.
1. Mengadap atau membelakangkan kiblat jika tidak berdinding
2. Diatas kubur
3. Dalam masjid, surau & tempat solat
1. Murid mendengar guru membaca adab-adab qada hajat

2. Murid menumpukan mengenai perkara  sunat, makhruh & haram qada hajat.
Kemahiran
Mendengar
Melihat
bertutur

KBKK
dialog

Strategi
Berpusatkan guru & berpusatkan murid

Langkah 3
( 5 minit)
Istinjak ( bersuci selepas qada hajat)

- Istinjak ertinya membersihkan qubul dan dubur selepas membuang air besar dan kecil dari kotoran dan cairan selain daripada mani.

Alat istinjak
- Air mutlak
- Batu
- Daun kering
- Kertas tisu

Adan-adab istinjak
- Menggunakan air mutlak
- Beristinjak dengan tangan kiri
- Membaca doa selepas istinjak

Doa selapas istinjak :

Ertinya ; Ya allah, sucikanlah hatiku daripada nifa’ dan lindungi kehormatan daripada kejahatan
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut meja
2. Murid dikehendaki berbincang bersama rakan sekumpulan mengenai adab-adab istinjak
3. Murid memberikan jawapan apa yang dibincang bersama ahli kumpulan
Kaedah :

- Aplikasi kaedah dialog

KBKK :

- Berbincangan bersama ahli kumpulan mengikut tugasan yang diberikan

Alat bantu mengajar

- Kertas soalan yang diberikan oleh guru
Penutupan
(3 minit)
- Menerangkan semula pengertian qada hajat
- Menjelaskan diantara adab-adab qada hajat
- Menerangkan kepentingan beristinjak
- Beberapa orang murid diminta untuk mengulang semula isi pelajaran pada hari ini

KBKK :

Merumus pembelajaran

Nilai :

- Kesedaran kendiri
-Bertanggungjawab
- Kebersihan

Cacatan refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menyeronokkan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi. Walaupun terdapat sedikit kepincangan dimana slide ada yang terlalu gelap sedikit menenggelamkan tulisan yang dipaparkan. Tetapi saya sangat berpuas hati. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Ulasan pensyarah guru pembimbing :

Disediakan oleh :


….……………………..
(                  )




Ulasan

Catatan Popular