RPH 5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Nama Guru : Muhammad Anif Bin Md Ngalimon
Mata Pelajaran : Ibadat
Kelas : 2 Abu Bakar
Tarikh :10/1/2019
Masa :3.30-4.00 pm
Bilangan : 25 Orang
Tajuk : wuduk
Kemahiran : Membaca, Mendengar & Melihat
Kaedah : Perbincangan
Pengetahuan sedia : Murid dapat mengamalkan kehidupan secara berwuduk dan mengenal anggota berwuduk
Hasil pelajaran :
1. Mengenal anggota-anggota wuduk
2. Dapat melakukan wuduk dengan sempurna
3. Melafazkan doa wuduk dengan betul
Kemahiran berfikir : Soal jawab, merumus & banding beza
Penerapan nilai : Displin, tolong menolong & bertanggungjawab
Bahan bantu mengajar : Papan paparan, kad imbasan huruf & kad gambar
Langkah / Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
|
Cacatan nilai
|
Pendahuluan
(3 minit)
|
Ucapan salam dan bacaan doa
|
1. Guru meminta murid membaca doa pelajaran
2. Guru dan murid membaca bersama-sama doa pelajaran.
|
Tolong menolong, displin & menjaga kebersihan
|
Set induksi
(5 minit)
|
1. Apa yang anda sedang anda lihat dalam gambar tersebut,
Andaian jawapan : Seorang lelaki sedang berwuduk
2. Tahukah murid-murid bahawa apabila kita mahu solat kita akan berwuduk ?
Andaian jawapan : Tahu
3. Adakah berwuduk dapat membersihkan diri awak?
Andaian jawapan : Ye, dapat membersihkan diri kita dari kekotoran
4. Guru mengkaitkan gambar dengan tajuk yang hendak dipelajari
|
1. Guru menampal gambar pada kad manila dan papan putih
2. Guru mengutaran beberapa soalan yang berkaitan mengenai berwuduk
3. Pelajar mencuba menjawab mengikut pengetahuan sedia ada
4. Guru mengkaitkan gambar dengan tajuk yang hendak dipelajari
|
Kemahiran berfikir
Membuat perkaitan sumbang sara.
Strategi
Berpusatkan murid
Berpusatkan bahan
Pendekatan
Berani menjawab
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Pengertian wuduk
-Wuduk dari segi bahasa mengambil air sembahyang
-Istilah pula membasuh anggota tertentu dengan air yang bersih berpandukan syarat dan rukun tertentu dengan niat kerana Allah
-Ibadat yang diwajibkan berwuduk ialah solat, tawaf dan menyentuh Al-Quran
|
1. Guru mendengar murid membaca pengertian berwudul
2. Guru menyuruh murid berbincang dengan rakan sebelah
3. Guru menyoal apa yang disampaikan oleh berdasarkan tajuk pelajaran
|
Strategi 1
Berpusatkan guru & murid
Pendekatan 2
induktif
Teknik 3
Soal jawab
Aktiviti 4
Berbincang secara berkumpulan
Kemahiran:
Dapat memahami dengan baik apa yang guru sampaikan
Alat bantu mengajar
Kitab, kad manila, komputer riba, LCD
|
Langkah 2
(5 minit)
|
Fardu-fardu wuduk
Ada enam :
1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku
4. Menyapu sebahagian kepala
5. Membasuh kedua-dua belah kaki hingga buku lali
6. tertib
|
1. Murid mendengar guru membaca fardu-fardu wuduk
2. Murid menumpukan guru membaca fardu wuduk yang mempunyai enam bahagia sehingga tertib
|
Kemahiran
Mendengar
Melihat
bertutur
KBKK
dialog
Strategi
Berpusatkan guru & berpusatkan murid
|
Langkah 3
( 5 minit)
|
Sunat-sunat wuduk :
Sebelum
1. Membaca bismillah
2. Membasuh tangan tangan hingga kepergelangan
3. Berkumur
4. Memasuk dan menyebut air kedalam hidung dan mengembuskannya
Ketika
1. Menyebut lafaz niat wuduk
2. Menyelit air kecelah-celah jari tangan dan kaki
3. Menyapu air keseluruh kepala
4. Membasuh telinga
5. Mendahukukan anggota sebelah kanan
Selepas
1. Membaca doa selepas berwuduk
|
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut meja
2. Murid dikehendaki berbincang bersama rakan sekumpulan mengenai sunat-sunat berwuduk
3. Murid memberikan jawapan apa yang dibincang bersama ahli kumpulan
|
Kaedah :
- Aplikasi kaedah dialog
KBKK :
- Berbincangan bersama ahli kumpulan mengikut tugasan yang diberikan
Alat bantu mengajar
- Kertas soalan yang diberikan oleh guru
|
Penutupan
(3 minit)
|
- Menerangkan semula pengertian wuduk
- Menjelaskan diantara fardu-fardu wuduk
- Menerangkan sunat-sunat berwuduk
|
- Beberapa orang murid diminta untuk mengulang semula isi pelajaran pada hari ini
|
KBKK :
Merumus pembelajaran
Nilai :
- Kesedaran kendiri
-Bertanggungjawab
- Kebersihan
|
Cacatan refleksi : Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menyeronokkan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi. Walaupun terdapat sedikit kepincangan dimana slide ada yang terlalu gelap sedikit menenggelamkan tulisan yang dipaparkan. Tetapi saya sangat berpuas hati. Oleh itu, saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Ulasan pensyarah guru pembimbing :
Disediakan oleh :
….……………………..
( )
Ulasan
Catat Ulasan